Sunday, September 18, 2011

Jangan bunuh perasaan ini..

Teringat mas blaja dulu2..
Cikgu kata..kalu dah kena denggi, mst dah tak kena..
Tny la cikgu..kenapa boleh jadi cam tuh?
Cikgu jawab..sbb dalam badan kita dah ada antibody untuk melawanya virus tu..
Kami mengganguk tanda mengiyakan..

Begitulah lumrah dalam kehidupan..
Kerana terlalu bisa disakiti..
Kita dah biasa..xpe la..suka hati la buat apaJ
Sama juga..
Bila kita dah biasa ngan maksiat..kita jadi tak apa la..
Begitu juga..
Bila tengok maksiat..sbb dah biasa sngt..tak apa la..

Hurm..
Sedarkah kita..
 Dia melarikan kita dr suatu perasaan yg mana kita jadi orang yg tak kisah..
Sepatutnya..
Dalam diri kita perlu ada rasa bersalah..rasa nak tegur..rasa ingin menggali hikmahnya..

Renung kembali  ayat terakhir dalam surah Asr..
Kita memang manusia rugi kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran..

*begitulah dalam sebuah perhubungan..jangan sampai timbul rasa jemu, rasa tak kisah..lumrah sebuah perhubungan sama ada sebuah persahabatan, hubungan antara pasangan untuk melalui saat penuh kesukaran, kesedihan..itulah lumrah..itulah ujian..

Tidak dinafikan, terlalu sukar melaluinya..namun, perasaan cinta itu milik Allah..kembali kepadaNYA..mohon kepadaNYA..

Bina kembali benih cinta yg mungkin kita rasa pudar..rasa hambar..rasa tak kisah..

Jangan sesekali bunuh perasaan itu!.
Jalani segalanya penuh kasih sayang, penuh cinta..

Tuesday, August 2, 2011

RINDU

Alhamdulillah..
Madrasah Ramadhan datang menjenguk..

Terasa pelik kali ini..Allah Allah Allah..rasa sayu bertambah sedih..
Mungkin terlalu rindu suasana dulu..
Rindu iftar ramai-ramai..
Rindu solat terawih dgn tangisan kanak-kanak..
Rindu bazaar Ramadhan..
Rindu segalanya..

Rindu untuk bersama mereka tersayang..
Tahun ini genap 2 kali, tanpa mereka..tabahnya kaki melangkah, cekalnya hati ini..
Tapi mereka disana lebih gagah tanpa aku..

Ma n abah..
Terima kasih untuk doa..
Terima kasih membesarkan anakmu dgn didikan agama..
Terima kasih menjadikan siapa anakmu sekarang..

Buat adik-adik..
Rindu nak makan bersama kalian,
Rindu nak masak sama-sama..
Rindu nak buat kuih raya ngan korang..
Rindu nak kemas umah sama-sama..
Lagi rindu nak terawih sama-sama..

Seperti mana kalian rindu, begitu juga kakakmu di sini..terlalu rindu..rindu gelak tawa semuaJ
Moga Allah pertemukan kita lagi..moga Allah izinkan kita bersama..

Senyum tawa kalian pengubat segala keperitan
Air mata n tangisan kalian menguat jiwa..

Thursday, July 21, 2011

Islam sebagai Ad Deen

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda..

Jika ditanya kepada seorang Muslim, apa agama kamu?

Pastinya jawapan, Islam..

Jika ditanya lagi apa itu Islam?

Terpingan-pinga mencari jawapan..

“selamat”, jawapan yang biasa kita dengar..

Ayuh kita singkapi apa itu Islam dikesempatan yang ada..

Dari segi bahasa Islam = salima
  • ·        Tulus &suci dari kecacatan zahir dan batin
  • ·         Damai dan aman
  • ·         Taat dan berserah

 ISLAM= penyerahan diri kepada Allah secara ‘total’ dengan penuh keikhlasan

“Dan siapa yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya kepada Allah sedang dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim yang hanya cenderung kepada Allah” – AnNisa:25

Harus dibezakan antaara deen & agama

Islam sebagai deen
-          -Satu cara hidup yang lengkap dari segenap sudut merangkumi aspek jasamani @ rohani, peribadi @ masyrakat dan dunia @ akhirat.

-         - Ad Deen juga menyusun kehidupan manusia dengan persekitaran termasuk alam sekitar dan makhluk yang lain

Agama= satu amalan peribadi yang tidak ada kaitan dengan hidup masyrakat, ritual dan adat istihadat. Contohnya: system yang mengatur hubungan dengan Tuhannya

DEENETUL ISLAM telah sempurna seperti dlm surah Al Maidah:3

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

Tuesday, July 19, 2011

PERISTIWA MENARIK DALAM PERANG UHUD

Bismiallahirrahmanirrahim..setinggi kesyukuran untuk kesempatan berkongsi kisah dalam peperangan Uhud..



  1. Hamzah seperti yg sedia maklum, syahid dibunuh Wahsyi dan dadanya dibelah oleh Hindun dek kerana dendemnya telah diberi penghormatan sebagai Sayyidus Syuhada' (penghulu orang-orang syahid).
  2. Mus'aib bin Umair, si pemuda kacak turut syahid 
  3. Anas bin Nadhar yg mana mayatnya dicincang dengan begitu dasyat dan hanya mampu dikenali adik perempuaan sempat berkirim salam kepada Rasulullah bahawa dia telah mencium bau syurga seolah syurga itu berada berhampiran dengan bukit Uhud
  4. Kisah sahabat yg bernama Hanzalah yg dimandikan oleh malaikat kerana beliau tidak sempat mandi junub dan syahid di medan Uhud
  5. Mukhairiq, berbangsa yahudi yg syahid kerana menyeru agama Allah dan menyokong perjuanagan Rasulullah telah berkeluar bersama tentera Islam. Rasul SAW bersabda. " Mukhairiq adalah sebaik-baik Yahudi"
  6. Kisah 'Amru bin Thabit yg diajak kepada Islam dan pada mulanya dia menolak tetapi semasa pertempuran Uhud beliau menyertai saf kaum Muslimin dan disaat beliau nazak, ada yang bertanya mengapa beliau datang, jawabnya kerana dia beriman kepada Allah dan RasulNYA. Abu Hurairah meriwayatkan "Dia masuk syurga dengan tidak pernah bersembahyang"
  7. Seorang tentera Islam bernama Qazman yg telah membunuh beberapa orang tentera kafir, telah mendapat luka yg parah dan akibat tidak tahan dengan kesakitan yg dialaminya, dia membunuh diri. Rasulullah bersabda, "Dia masuk neraka"
*dipetik dari Fiqh Al Harakah tulisan Tuan Guru Haji Hadi

Sunday, June 26, 2011

PINTU-PINTU DIMASUKI SYAITAN

Pintu-pintu dimasuki syaitan

  1. Tamak & jahat sangka
  2. Cintakan hidup & panjang angan-angan
  3. Cintakan kerehatan & nikmat
  4. Ujub
  5. Memandang rendah kepada orang lain
  6. Hasad dengki
  7. Riak & sukakan pujian
  8. Kedekut & bakhil
  9. Takbur & sombong
  10. Tamak
Na'uzibillah..moga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat yg mudah untuk 'diratah' syaitan..ameen

Bagaimana menangkis dan seterusnya menutup pintu-pintu tersebut???

  1. Berpada-pada sesudah berusaha & berikhtiar
  2. Mencintai kematian
  3. Merasai nikmat itu akan hilang & yakin akan balasan buruk
  4. Mensyukuri nikmat Allah & takutkan siksaan
  5. Menghormati hak & kehormatan orang lain
  6. Bersifat qanaah ( berpuas hati setelah berusaha ) & redo terhadap pemberian Allah
  7. Ikhlas
  8. Merasai semua yang ada akan lenyap, sedangkan Allah akan kekal
  9. Tawadduk
  10. Yakin akan balasan Allah & tidak mengharapkan manusia
Ayuh kita muhasabah, adakan sifat-sifat ini tertanam dalam diri kita..

* Dipetik dari Intima'I lil islam, Fathi Yakan

Monday, June 6, 2011

BALA BENCANA

Subhanallah..lihatlah bencana yang menimpa dunia ini sejak akhir-akhir ini..gempa bumi, banjir besar dan seumpamanya..
Ada yang mengatakan ini kesan pembangunan, ini kesan pemodenan dan sebagainya..
Namun hakikatnya..
Ayuh kita renungi Sabda Nabi saw..

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda ;

' Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)


- HADIS SAHIH RIWAYAT AT-TIRMIDZI

Ayuh kita buka mata, kita buka hati, adakah perkara-perkara yang Nabi sebut, berlaku disekeliling kita sekarang???
Jawapannya, YA..terlalu banyak, terlalu berleluasa..

Namun demikian,
“ Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim selama penduduknya orang-orang yang berbuat kebajikan” – Hud:117

Moga Allah menempatkan dan menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hambaNYA yang berbuat kebajikan..

Monday, May 23, 2011

LUAHAN PERASAAN?

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa lama tidak ‘mengupdate’ blog..bukan tak mahu, tapi mencari sesuatu..
Apa la yg dicari tu???..

Ayuh kita renung sabda Baginda saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Ahmad..

“ Aku paling takut berlaku keatas umatku syirik & keinginan nafsu yg tersembunyi”.

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, Apakah umutmu akan kembali kepada syirik sesudah kamu wafat?

Jawab Baginda saw; “Ya. Mereka bukanlah meyembah matahari atau bulan atau batu atau patung, tetapi mereka memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan yg tersembunyi sehingga salah seorang dari mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh nafsunya dengan suatu keinginan maka dia akan meninggalkan puasanya itu”

Subhanallah..tertusuk, tersentak ..
Muhasabah jom..

Kenapa kita buat itu?..kenapa kita buat ini?
Apa yang kita nak sebenarnya?
Simpati dari manusia?
Dikasahi dan dikagumi dari manusia?

Andai terdetik bukan kerana Allah, ayuh kita istigfar..bimbang di hari perhitungan, tiada apa pada buku amalan kita kerana apa yang kita lakukan bukan didasari niat kerana Allah..

Cuba kita renung kembali..
Kenapa kita buat luahan perasaan di facebook, blog, twitter dan seumpamanya?
Sekadar saje-saje?
Supaya seantelo dunia tahu kisah kita?
Na’uzubillah..moga Allah menjauhi kita rasa tersebut..

Sabda Rasulullah..
“ Syurga dikelilingi  dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan neraka dikelilingi dengan perkara yang disukai oleh hawa nafsu” ( Riwayat Muslim,Ahmad &At Tarmizi)

Itulah harga syurga, terlalu mahal..pastinya setiap dari kita mengimpikan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, membina mahligai bahagia yang kekal abadi disana..

Tanya diri, tanya iman..
Layakkah kita menggapai syurga Allah?
Andai diri diselimuti dosa..
Andai niat ada perasaan riya’..

Ayuh diri yang menulis, ayuh teman sekalian..
Kita betulkan niat kita untuk setiap apa yang kita lakukan..


Tidak salah untuk meluahkan, tetapi pastikan kita sedar apa yang mahu kita capai..
Redho Allah? @ Redho manusia?




*Aku dalam hadis yang pertama adalah Shidad Ibn ‘Aus..Suatu hari beliau menangis dan ada orang bertanya kenapa..beliau teringat kata-kata Rasulullah tersebut..

Tuesday, May 3, 2011

TERSENTAK SEKETIKA

Di pagi hari, saat masih bersemangat kena siapkan esseimei, tersentak dengan sesuatu :(

Berdebar hati ini memikirkannya, hilang fokus sedikit..apa pun husnuzon itu lebih baik kan..

Aku berusaha menjadi yg terbaik..bukan aku harapkan apa-apa..sekadar menjadi 'aku' seperti aku kepada yg lain-lain..

Namun, Dia tidak memberi apa yg aku harapkan..Dia memberi sebaliknya..mungkin untuk seketika..husnuzon itu lebih baik kan:)

"setiap kesusahan pasti ada kesenangan"

Mulai saat ini, aku belajar sesuatu..terima kasih ya Allah..setiap yang Kau kurniakan, Kau sering ajarkan aku sesuatu..

Aku tekad, aku nekad mulai detik itu..jangan disesali peristiwa lalu, hidup untuk hari ini dan masa depan..usah toleh belakang memikirkan dan menambah keresahan hati, toleh belakang, belajar darinya..

Monday, April 25, 2011

ANDAI..

Hujan gerimis menemani mendung pagi ini..

Seolah menangisi sebuah keperitan..

Mahu memulakan hari dengan penuh kecerian..tetiba mendapat mesej dari seorang adik tercinta..meminta bantuan dari sang kakak..tenang membaca, tergenang air mata..subhanallah..tangan gagah menaip, meniup semangat buat sang mujahidah Allah..agar dia terus tabah mendepani semua ini..

Namun, hakikat hati siapa tahu, siapa mengerti..tetapi aku tidak bisa rebah didepan mereka..kalau aku tidak kuat, mana mungkin untuk aku beri kekuatan kepada mereka..bila sang dahan tempat berpijak rapuh, jatuhlah sesiapa yang berpijak..sang dahan perlu kukuh lagi utuh untuk memastikan mereka terus kekal di dahan itu..sama juga, bila sang akar tiada baja, mana mungkin pohon tumbuh subur..

Akulah sang dahan dan akulah sang akar itu..aku perlu sirami dan bajai diri ini dengan keyakinan dan kesabaran agar bisa aku saluran semangat buat puteri-puteri yang aku kasihi..ya Allah mereka terlalu anak-anak untuk menanggung semua ini, namun andai ini ketetapan yang terbaik, beri mereka kesabaran, beri aku kekuatan..

Andai aku bisa, aku tidak mahu menjadi ubat dan penawar kepada luka kalian..andai aku bisa aku tidak mahu menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kalian..kerana andai aku bisa, biarkan segala luka kalian, aku yang tanggung..biarkan segala kegelpan kalian aku yang tempuhi..aku tidak mahu kalian luka ataupun tercalar walau sedikit..aku  tidak mahu kalian bergelap walau sedikit..

Namun, wahai puteri-puteriku sekaian, yakinlah Allah mentakdirkan kalian juga aku untuk mengharungi semua ini kerana pasti besar hikmah disebaliknya..langit tak selalunya mendung, guruh tidak selalunya hujan..itulah kehidupan..penderitaan dan kesakitan tidak selalu berpanjangan..pasti ada sinar kebahgian mendatang..mungkin bukan ‘disini’ tetapi ‘disana’..teruskan doa, tanamkan keyakinan wahai muslimah-muslimah Allah sekalian..

“Ya Allah beri kami kekuatan menjalani kehidupan ini..beri kami kesabaran mendepani ujian ini..lorongkan kami ke syurgaMU”..ameen

Tuesday, April 19, 2011

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan sesuatu kepadamu..

Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan..

Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga buat kaum wanita kerana hanya kau insane yang selayaknya untuk itu..tidak guna, aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau seorang yang bisa aku milikki..

Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

Aku tidak mampu menipu hati dan perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat yang tulen nan suci..

Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf, yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti...

Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama tersimpan..

Aku pasti sedih dan kecewa andai kau mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal tumbuh mekar hingga ke jannahNYA..


Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat, jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah..
Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma aku wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

 p/s: anggaplah warkah ini dari semua muslimat bukan tuan empunya blog semata buat bakal suami mereka:)

Monday, April 18, 2011

JAULAH BLUE MOUNTAIN

Rabbi yassir wa la tuassir..

Subhanallah, dengan izin Allah jaulah muslimat Macquarie ke Blue Mountain berjaya di jalankan buat julung kalinya..setinggi kesyukuran ke atas anugerah ini..

Seawal jam 5.30 pagi, juadah disediakan ..kalau diikutkan plannya, hanya nasi goring, nugget goreng dan sandwich sahaja..namun Alhamdulillah rezeki melimpah ruah..ada kek coklat, ada muffin sempena besday kak Atiqah, pudding roti & pelbagai lagi..terima kasih untuk insane yang bermurah hati..moga Allah melimpahkan rezeki kita semua..

Bertolok dari Macquarie train station ke West ryde train station pada jam 7.45 pada hari yang penuh damai..setiap langkah diringi doa, moga Allah memberkati perjalanan ini..kami tiba di Avis car rental untuk urusan penyewaan kereta..alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..subhanallah, terkejut..dapat kereta besar..toyota:)

Sebelum bertolok, refresh niat dan dengan lafaz bismillah dan doa kami memulakan perjalanan..tidak dapat dinafikan perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam, pelbagai onak terpaksa kami tempuhi..sesat itu sebati dalam perjalanan kami ini..hehe..alhamdulillah lebih kurang jam 11.30 semua kereta tiba di puncak bukit untuk menyaksikan keagungan ciptaan Allah.


 Aktiviti biasa bergambar disana sini..hihi..sebelum mengisi perut kami mendahulukan solat zohor berjemaah..’solat itu tiang agama’ dan ‘solat mencegah kemungkaran’..moga jaulah ini, dihitung sebagai amal ibadah..ameen



Selepas solat dan makan, kami membuat keputusan untuk turun yang kononnya mahu melihat apa yang ada di kaki bukit..turun punya turun, kami tiba di destinasi yang agak menarik..puas-puas bergambar, kami perasan, rupanya, belum tiba di kaki bukit..excited punya pasal, kami meneruskan perjalanan..jauh rupanya, nak berpatah balik rugi pulak..berjalan dan berjalan dan berjalan dan akhirnya kami tiba ti kaki bukit..alhamdulillah..siapa sangka jaulah kami bertukar menjadi 'hiking':)

Pengalaman yang utuh bersemadi apabila mahu menaiki kembali anak tangga yang entah berapa banyak..tapi terlalu banyak..ada yang hampir pitam, ada yang tak larat jalan..subhanallah, terasa sangat lemah tetapi melihat kesusahan adik-adik, tetiba diri yang pucat ini mendapat kekuatan..memapah naik seorang insane yang hampir pitam..alhamdulillah akhirnya kami tiba di puncak bukit..





Sebelum berangkat pulang, kami membuat keputusan untuk makan di city..kami diuji bila sebuah kereta sesat hingga ke penghujung..alhamdulillah berbekalan bantuan Black Berry, kami bertolak pulang..sangat gembira bila tahu kami akan tiba tidak lama lagi..namun, sekali lagi ujian datang..sebuah kereta di tahan polis..alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

Seharian perjalanan kami, penuh tarbiyyah, penuh didikan dan peringatan dari Allah..pelbagai mehnah dan ujian kami lalui..pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi..apa yang penting, nilai ukhwah tiada bandingannya, rahmat dan kasih sayang Allah mencurah buat kami..buat adik-adik dan sahabat seperjuanganku yang setia, Atiqah, terima kasih untuk segalanya..jom kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dan jom kita doakan moga setiap amal perbuatan kita dikira sebagai ibadah..ameen

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

Wednesday, April 13, 2011

TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI..

Terlalu sukar untuk mengerti,
Terlalu susah untuk memahami,
Tapi apa yang pasti,
Aku tidak akan pernah berhenti..

Terlintas di sudut hati kecil ini,
Apakah makna semua ini?,
Apakah ianya petanda aku harus berhati-hati?,
Atau ia sekadar sekelumit ujian Illahi?..

Menelusuri sebuah perjalanan,
Sambil mencari erti kehidupan,
Sambil belajar erti kematangan,
Demi menggarap selautan keberkatan..

Hari demi hari aku tempuhi,
Detik demi detik aku jalani,
Ujian demi ujian aku dihujani,
Aku memohon pada MU kekuatan menghadapi semua ini..

Andai kebahagian itu yang terbaik,
Anugerahkan aku kebahgiaan yang hakiki,
Andai penderitaan itu yang terbaik,
Beri aku ketenangan yang abadi..

Tunjuki langkahku,
Pimpimlah helaan nafasku,
Tarbiyyahlah hati nuraniku,
Kerana aku bukan siapa-siapa,
Aku hamba abdi MU,
Yang sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,
Kerana Kau lebih tahu yang terbaik untuk ku..

“Ya Allah, andai penghidupan ini yang terbaik, maka hidupkanlah aku dalam keimanan dan ketaqwaan..Andai kematian ini yang terbaik, maka matikanlah aku disaat aku bertuabat kepadaMU..andai kebahgiaan ini membawa aku ke syurgaMU, kekalkanlah ia bersamaku..namun, andai kebahgiaan ini menjadikan aku lalai, beri aku peringatan, agar aku lebih dekat denganMU..”

Monday, April 11, 2011

UNTUKMU DARAH KAMI


Astagfirullah..ampunkan diri yang hina ini ya Allah..dek kesibukan urusan dunia, kadang-kadang aku lupa akan nasib saudara seakidah aku di sana, di bumi anbiya, Palestin..


Itulah kita, semangat bermusim..bila ada isu, baru kita sedar kita ada tanggunggajwab untuk Palestina..masa tu baru kita nak sibuk berkempen, boikot, derma dan sebagainya..BAGAIMANA SEKARANG??? BAGAIMANA NASIB MEREKA??? ADAKAH KITA INGAT???


Subhanallah moga Allah teguhkan mereka dalam menegakkan bumi Al Aqsa, hak kita, hak MUSLIM, hak ISLAM..


Alhamdulillah, aku panjatkan rasa syukur, atas nikmat perasaan ini, dan moga-moga kalam yang sedikit ini, bisa mencetuskan kembali rasa rindu kita kepada Palestina, pejuang Islam yang sedang bermatian mengejar syahid demi Islam!!!


KAMI AKAN BERJUANG, DEMI KEBANGKITAN ISLAM…UNTUKMU AL AQSA TERCINTA, KAMI PENUHI PANGGILANMU..YA ALLAH MASUKKAN KAMI TERCATAT SEBAGAI SYUHADAHMU..ameen


Monday, April 4, 2011

ya Allah

Satu per satu,
Ujian terpaksa ditempuhi,
Mulut bisa berkata,
Aku bisa harungi,
Aku pasrah segalanya,
Tapi benarkah hati ini sekuat itu?

Ya Allah,
Aku tahu Kau mahu mengajarkan aku sesuatu,
Kau beri apa yg aku perlu,
Bukan apa yang aku mahu,
Kerana Kau sediakan sinar kebahagian di penghujungnya..

Benar ya Allah,
Tidak pernah sunyi aku mengharap,
Tidak pernah sepi aku berdoa,
Untuk dipermudhakn segalanya,
Hanya untuk menggapai redhoMU..

Berat hati ini ya Allah,
Untuk terus melangkah,
Kerana aku bimbang dan khuatir,
Bisa bernanah,
Bisa jadi barah..

Benar hina diri ini di hadapan MU,
Aku memohon ya Rabb,
Beri aku penyelesaian,
Beri aku kekuatan,
Jalani semua ini,
Kerana tidak lain aku harapkan,
Hanya redo MU..

Saturday, April 2, 2011

WARKAH BUAT ABAH..

Saat abah melihat kami anak-anak meniti alam dewasa, abah pasti takut dan gementar memikirkan keadaan kami..lagi-lagi dunia sekarang yang sering meratah anak-anak perempuan..pasti berat untuk abah melepaskan kami berjauhan..tapi abah terpaksa kan? demi anak-anak yang ingin mengejar segulung ijazah..abah nak tengok anak-anak abah senang kan?..tapi  abah, tiada ketanangan dan kebahgiaan melainakan kami dapat bersama dalam pelukan erat  abah..kami rasa selamat bersama abah.

Abah, along pasti setiap detik dan saat, doa abah tidak pernah sunyi untk along dan adik-adik..nasihat abah sentiasa ternianga-ninag di telinga along..biar along jauh di mata abah, tapi abah tetap bersemadi dalam celupan yang paling dalam di hati along..

Abah, pasti sukar untuk abah percaya, along sudah dewasa..pasti resah abah memikirkan along..along pasti dengan sepenuh hati akan kenyataan itu..abah pasti takot along akan pergi dalam hidup abah..orang yang selalu abah luahkan perasaan..abah pasti akan merasa kehilangan tempat mengadu..tidak abah..tidak abah..tiada apa yang berubah..along sentiasa ada untuk abah..jatuh bangun abah, along pasti di sisi..

Terlalu berat untuk abah melepaskan along kan?..sebab along tahu abah pasti akan menyerahkan tangunggjawab keluarga kepada along..along sedar hakikat itu..tiada apa yang merubahnya..along masih anak sulong kepada abah dan ma..along masih seorang kakak kepada adik-adik..along masih cucu sulong yang menjadi tumpuan keluarga..along sedar hakikat itu..

Abah, yakinlah along bisa tempuhi semua ini..along tahu, abah lebih tahu dan kenal along, seorang yang kuat untuk jalani setiap liku kehidupan.. terima kasih abah kerana mendidik along menjadi hamba Allah yang matang dalam pemikiran dan tindakan..teringat kata-kata abah..”kan  abah da kata”..ye memang abah selalu kata..abah selalu nasihat..abah selalu bagi semangat..biar along tahu, abah jauh perlukan semangat untuk teruskan kehidupan abah..along tahu, along tersemat begitu dalam di hati abah..

Tapi abah ada suatu hakikat yang along pasti berat untuk abah lalui bila mana along akan memeganag jawatan isteri kepada suami along..itu suratan alam, along pasti dimiliki.. tapi yakinlah abah, insane yang akan memiliki along, pasti akan memahami keadaaan kita..dia bukan calang-calang orang..ketentuan Allah itu terlalu indah..itu pesan abah kan?.. mana mungkin along biarkan abah menanggung penderitaan seorang diri..izinkan along untuk bersama mengayuh perahu bebanan itu bersama abah dan mungkin insane yang memiliki along akan bersama kita..moga kehadiran dia akn lebih meringinkan beban kita..mungkin dia penguat untuk along nanti..sekian lama penderitaan along simpan seorang diri, mungkin dia, Allah anugerahkan untuk along kongsikan tanggunggjawab ini..untuk along lebih gagah melangkah di masa hadapan..

Moga warkah yang along tujukan khas buat abah, abah bisa tenang untuk ‘kehilangan’ dan ‘melepaskan’ along kerana along tidak akan pernah pergi dalam hidup abah..cinta along kepada abah terlalu istimewa..terlalu dalam..terlalu bernilai..tiada kata sebenarnya yang bisa menggambarkan cinta ini abah..moga dengan adanya dua orang rijal yang hebat dalam hidup along akan menjadikan along wanita syurga..ameen

Monday, March 21, 2011

WELCOMING BBQ

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Setinggi kesyukuran ku lafazkan kepadaMU ya Allah kerana dengan izinMu, welcoming bbq berjaya dianjurkan buat julung kalinya

Tarikh keramat 19. March. 2011 akan tetap segar dalam ingatan ini. Bersaksikan hujan rahmat kami mengadakan ‘bekwoh kecik2…hehe’ di Water Loo Park.

Tiada ku sangka, hujan berhenti seketika memberi laluan kepada kami untuk merapatkan ukhwah..game!!!hurray..kami main 3 games: game pistol, gema buaya dan biawak dan game makan-makan..tapi kesemua game aku kalah terlebih awal..hik3

 game 1: game pistol..seronok dapat tembak2 orang..hehe

game 2: buaya biawak..tersasul lidah..hehe..tp satu pengalaman baru

game 3: makan2 ukhwah..hehe
alahai comelnya..cam mak orang pun ada..hik3

Seronok dan gembira melihat gelak ketawa adik-adik dan sahabat semua..apakah benar kata orang, ‘tarbiah tidak datang dengan gelak ketawa?’..aku renungi kata-kata itu..mungkin ya, mungkin tidak..namun bagi aku setiap amalan adalah tarbiah dari Allah kerana disaat bergelak ketawa, jauh disudut hati, aku panjatkan doa moga ukhwah ini kekal utuh..

Sehari sebelum berlangsung welcoming bbq, wah pengalaman yg cukup indah..bersama Tqah, K Siti, Solehah, Sazrah, Aisyah, Aini, Izzati, Hannan, Che Lah, Aten, Lah, Dalila dan semua la yang bertungkus lumus menyediakan persiapan..tidak lupa juga kepada pihak muslimin yg terlibat dalam mengangkat barang dan membakar ayam.. terima kasih semua..moga Allah menghitung sebagai amal kebajikan untuk kita semua.
slot pengisian pendek dari pihak muslimin tentang bagaimana menentukan arah kiblat menggunakan jam & tazkirah pendek mengenai matlamat kita hidup

Balek-balek dari event, aku terus tido..hehe..namun, apatah sangat pada sebuah kepenatan andai jaminannya kami mampu berpimpin tangan dalam satu saf di akhirat kelak menuju jannahMU..
ukhwah fillah abadan abada


Sunday, March 20, 2011

BERSAMA KITA AMBIL IBRAH

TAZKIRAH - PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: 

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." 


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
 


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
 


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."
 


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
 


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
  



"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
 


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
 



Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T, maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah itu maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
 



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 



2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 



3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 



4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 



5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 



6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 



7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 



1. Orang-orang yang mati syahid. 



2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 



3. Orang berpuasa di hari Arafah. 



Sekian untuk ingatan kita bersama. 



Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 



Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.