Monday, March 21, 2011

WELCOMING BBQ

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Setinggi kesyukuran ku lafazkan kepadaMU ya Allah kerana dengan izinMu, welcoming bbq berjaya dianjurkan buat julung kalinya

Tarikh keramat 19. March. 2011 akan tetap segar dalam ingatan ini. Bersaksikan hujan rahmat kami mengadakan ‘bekwoh kecik2…hehe’ di Water Loo Park.

Tiada ku sangka, hujan berhenti seketika memberi laluan kepada kami untuk merapatkan ukhwah..game!!!hurray..kami main 3 games: game pistol, gema buaya dan biawak dan game makan-makan..tapi kesemua game aku kalah terlebih awal..hik3

 game 1: game pistol..seronok dapat tembak2 orang..hehe

game 2: buaya biawak..tersasul lidah..hehe..tp satu pengalaman baru

game 3: makan2 ukhwah..hehe
alahai comelnya..cam mak orang pun ada..hik3

Seronok dan gembira melihat gelak ketawa adik-adik dan sahabat semua..apakah benar kata orang, ‘tarbiah tidak datang dengan gelak ketawa?’..aku renungi kata-kata itu..mungkin ya, mungkin tidak..namun bagi aku setiap amalan adalah tarbiah dari Allah kerana disaat bergelak ketawa, jauh disudut hati, aku panjatkan doa moga ukhwah ini kekal utuh..

Sehari sebelum berlangsung welcoming bbq, wah pengalaman yg cukup indah..bersama Tqah, K Siti, Solehah, Sazrah, Aisyah, Aini, Izzati, Hannan, Che Lah, Aten, Lah, Dalila dan semua la yang bertungkus lumus menyediakan persiapan..tidak lupa juga kepada pihak muslimin yg terlibat dalam mengangkat barang dan membakar ayam.. terima kasih semua..moga Allah menghitung sebagai amal kebajikan untuk kita semua.
slot pengisian pendek dari pihak muslimin tentang bagaimana menentukan arah kiblat menggunakan jam & tazkirah pendek mengenai matlamat kita hidup

Balek-balek dari event, aku terus tido..hehe..namun, apatah sangat pada sebuah kepenatan andai jaminannya kami mampu berpimpin tangan dalam satu saf di akhirat kelak menuju jannahMU..
ukhwah fillah abadan abada


Sunday, March 20, 2011

BERSAMA KITA AMBIL IBRAH

TAZKIRAH - PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: 

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." 


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
 


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
 


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."
 


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
 


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
  



"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
 


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
 



Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T, maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah itu maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
 



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 



2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 



3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 



4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 



5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 



6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 



7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 



1. Orang-orang yang mati syahid. 



2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 



3. Orang berpuasa di hari Arafah. 



Sekian untuk ingatan kita bersama. 



Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 



Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Wednesday, March 16, 2011

RINTIHAN SANG HAMBA

dalam kesepian nan penyepiaan,
aku temui jawapan,
aku jumpai penyelesaian..

di keheningan syahdu,
kedengaran rintihan sang hamba yg sayu,
memohon menjahit sejadah iman yg kian layu..

di saat aku membelek lembaran kalamMU,
seolah aku gagah berdiri,
aku bisa bernafas kembali..

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji' (29:2)

' Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang yg terdahulu sebelum kamu' (2:214)

subhanallah alhamdulillah allahuakbar..aku hambaMu yg khilaf,sering terleka,sering terlena..bila saat diuji, baru kini aku sedar..aku hambaMu yang hadir ke dunia hanya untuk mengabdikan diri kepadaMU..

ya Allah, andai ujian seperti ini bisa mendekatkan aku denganMU..berikan aku kekuatan dan kepasrahan dalam menjalani kehidupan ini..sesungguhnya semua ini bersifat sementara..dan aku menanti kebahagian hari esok yang kekal selamaya..


Tuesday, March 15, 2011

INGIN KU MENYEPI

saat ini,
terasa ingin menyepi,
ingin membawa diri,
ingin berlari ke destinasi yg tak pasti..

menyepi bukan beerti aku tewas,
bukan beerti aku kalah,
bukan beerti aku gagal,
bukan beerti aku berputus asa..


tetapi menyepi kerana ingin mencari,
sesuatu yang hilang,
hilang entah kemana,
hilang entah kenapa..

ku mencari-cari,
ku berlari ke sana sini,
ku meraba-raba dalam kegelapan,
namun masih tidak kutemui jawapan,

Ya Allah, sinari kegalapan malamku,
dengan cahaya rembulanMU,
agar tampak 'sesuatu' yang ku cari..
agar ku kutemui jawapan yg ku gali..

Ya Allah,
beri aku kekutaan,
beri aku jawapan,
beri aku petunjuk,
jangan Kau biar aku berhenti 'disini',
kerana perjalanan ku masih panjang,
perjalanan sang musafir,
pengutip pahala buat bekalan di hari muka..


Monday, March 14, 2011

Bunga-Bunga Cinta


ramai yg suka & asyik memperkatakan tentang lagu ni juga 'dalam mihrab cinta'..

best la layan, tambah taman dalam hati..hehe

namun begitu, sesuatu menyentap diriku..cinta mana yang aku kejar..rindu mana yang aku garap..astagfirullah

setinggi gunung sekalipun, sedalam lauatan sekalipun, bila cinta vs CINTA, tiadalah sesuci, semurni CINTA itu..kerana kita dijadikan disini untuk menggarap CINTA itu..

'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU' (Az Zariyyah:56)

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha membolak balekkan hati, tetapkanlah hatiku dalam mencintaiMU dgn penuh tulus & ikhlas..andai kau berikan aku cinta, jangan pernah Kau luputkan, jangan pernah Kau pudar cintaku kepadaMU kerana tanpa cintaMU aku lemas dan aku tidak bisa hidup..izinkan Ya Allah untuk aku mencintaiMU setiap detik dan saat biar cinta manusia aku perolehi kerana cintaMU, cinta teragung..izinkan aku Ya Allah untuk mencintai orang yang mencintaiMU dan pertemukan kami Ya Allah dalam redho dan rahmatMU..jangan kau biarkan kami hanyut dalam cinta..pimpin kami bersama cintaMU"

Sunday, March 13, 2011

KITAKAH BUIH-BUIH ITU?

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, 

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW : 

"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi,

 "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

 Jawab Rasulullah SAW,

 "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,

 "Apakah itu al-Wahn?"

 Rasulullah SAW bersabda : 

"Cintakan dunia dan takut akan kematian.

Subhanallah..merenung hadis Nabi ini, adakah kita buih-buih di lautan itu? Adakah kita yang Nabi maksudkan sebagai manusia yg berpenyakit Al Wahn tu?..na’uzubillah..

Ayuh teman, insane yang kerdil ini ingin mengajak diri ini dan teman-teman sekalian untuk kita membelek kembali hati kita, bersama kita melakukan tazkiyatul nafs iaitu pembersihan hati..kerana hati raja sekalian tubuh badan..baik hati, baiklah kita..

Kenapa kita perlukan tazkiyatul nafs?
Tidak lain tidak bukan kerana kita perlu bersihkan diri kita dari dosa yang menebal dalam diri kita..kerana dosa itu yang menggelapkan hati kita..kerana dosa itu yang menjadikan kita manusia yang tidak dapat membezakan mana yang zahir, mana yang batil..kerana dosa itu kita terhijab dari cinta Allah..dan jadilah kita manusia yang cintakan dunia, takutkan mati..jadilah kita manusia yang kufur nikmat..

Ayuh teman dan diri ini,
Selagi Allah masih membuka ruang taubat dan ampunanNYA, selagi roh masih di jasad, selagi kita masih bernafas, ayuh kita lakukan TAUBAT kerana hanya itu membersihkan diri kita dan menjadikan hati kita bercahaya meraih redo Allah..
Jangan biarkan kita seperti buih di lautan..jangan biarkan hati kita dikotori penyakit Al Wahn..jangan biarkan kita hidup hanya untuk menjadi bahan bakar api neraka!!!


Tuesday, March 8, 2011

Bukan Kesempurnaan Aku Harapkan

Ya Allah,
Andai benar dia tercipta untukku,
Bukan aku harapkan dia insan sempurna.

Ya Allah,
Lingakari dia dengan iman  taqwa,
Dahagakan dia mencari redhoMU,
Hauskan dia menggapai cintaMU,

Ya Allah,
Bentangkan kesyahduan dalam solatnya,
 Gagahkan dia melawan nafsu,
 Teguhkan dia berdiri dalam saf perjuangan,

Ya Allah,
Alirkan dalam dirinya sifat kepimpinan,
Sukakan kebajikan,
Sedia berbakti penuh kebaikan,

Ya Allah,
Hamparkan dia sejadah kesabaran,
Dalam mengemudi bahtera rumah tangga,
Mendidik isteri & zuriat menuju jannah yang abadi nan hakiki,

Ya Allah,
Suburkan dalam dirinya kecintaan pada akhirat,
Tiada terpesona dengan godaan dunia,
Kerana dia merupakan insan yang mengimpikan syurga,
Membina rumah idamannya disana,
Membawa aku & zuriatnya bersama..