Tuesday, December 14, 2010

DISETIAP SUDUT, CINTAMU YA RABBI AKU DAMBAKAN

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang
Hingga membuat ku lalai
Akan adanya engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku
Dengan bilangan cintaMU
Yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMU tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkan bila saatku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan
Untuk lebih mendekati cintaMU

Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan
WajahMU dariku
Anugerahkanlah aku cintaMU
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Tuesday, December 7, 2010

KENAPA AKU DISINI?

“Wah, da pakai tudung labuh kau sekarang, jadi ustazah ke kak?”..itu kenyataan yang sering aku terima andai bertemu sahabat lama yang mengenali aku sebagai insane biasa.

Salah ke pakai tudung labuh, salahkan aku memilih jalan ini, jalan dakwah?’, sering aku bermonolog sendiri..Memang dulu, aku biasa-biasa tapi salahkan aku mahu menjadi Muslim yang biasa yang mencipta luar biasa.

Alhamdulillah dalam kalangan ummat Muhammad, aku menjadi salah seorang insan yang terpilih untuk berkecimpung dalam dunia dakwah, dunia yang sangat luar biasa pada zaman ini seperti sabda Nabi:
“Islam itu datang dengan ganjil dan akan kembali ganjil , maka beruntunglah orang-orang yang ganjil itu”..

Memang aku mahu menjadi insan yang ganjil itu kerana di dalam Al Quran tidak ada perkataan yang lebih baik melainkan seruan kepada Allah,
dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Al Fussilat:33

Aku mahu menjadi ‘the alien’ di bumi Tuhan kerana kewajiban berdakwah itu Allah berikan buat satu kaum/puak. Siapa lagi yang mahu menunaikan kewajiban ini, kalau bukan orang yang berakal?

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

“Ya Allah campakkanlah ke dalam diri ini akan keyakinan kepadaMU agar terasa indah segala musibah dan moga hambaMU ini terus istiqamah di jalan yang penuh liku, yang menuntut seribu pengorbanan..tiada apa yang aku harapkan melainkan redho MU dan kematian yang membahagiakan..kerana itu aku disini”..ameen

Sunday, December 5, 2010

BUAT AHLUL BAIT TERCINTA

Tulisan, catatan dan warkah ini, khas ku tujukan buat ahli baitku...


“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)


Kerana cintaNYA, kita berkasih sayang dan saling menyintai. Pastinya perpisahan yang sementara ini, akan membenihkan kerinduan antara kita. Apa tidaknya, segala suka duka, pahit, manis kita telan bersama.Pastinya setiap ejekan dari Syamim, setiap kutukan dari Atiq, setiap 'pahanan' dari Nisa, setiap gelak ketawa dari Atiqah, setiap gurau senda dari K Jen, setiap gelagat dari Iewa pasti aku rindui. 

Moga setiap mutiara perkongsian, kalam nasihat dan teguran kita ambil ibrah dari disetiap sudut. Moga kita masing-masing dapat berlapang dada demi membaiki diri masing-masing.
Moga kepulangan kita, dapat membaiki iman& taqwa. Moga masa kita terisi dengan pengisian, tidak kira apa bentuk sekalipun.Moga kita menjadi hambaNYA yang solehah.


Akhir kalam,diriku mohon kemaafan andai disepanjang kita berukhwah, kalian ada yang terluka dalam atau cetek. Halalkan setiap makan minum. Diri ini terlalu menyintai kalian keranaNYA dan diri ini pasti sepastinya kalian pun sama.Moga Allah pertemukan kita lagi. Andai bukan disini, moga kita bersua di JannahNYA yang damai. Jaga diri, jaga iman, doakan daku dalam doamu.


Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).








Saturday, December 4, 2010

NIKMAT UKHWAH

Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a. pembantu Rasulullah s.a.w. katanya ; Berkata Rasulullah s.a.w. : " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri "

Berdasarkan hadis ini, itulah ukhwah islamiah. Kita mencintai saudara kita sama seperti kita mencintai diri kita. Fenomena dalam mengharungi kehidupan seharian. Kita tidak akan lari dari berukhwah. Ukhwah yang diajarkan islam bukanlah dengan insan yang kita rapat sahaja, sesiapa sahaja yang seakidah dengan kita.
Bila kita sedih kita mahu orang lain memahami kita, bila kita gembira, kita mahu berkongsi perasaan itu, jadi untuk mencintai seperti kita mencintai diri kita, kita perlu meletakkan diri kita dalam 'kasut' orang lain.

Apa perlunya kita meletakakn nilai sama mencintai tersebut?
Sedar atau tidak, besarnya nilainya hadis ini kerana nilaian iman. Tidak beriman seseorang itu andai  kita tidak meyamakan perasaan cinta terhadap apa yang disukai pada orang lain.

"Orang-orang Arab Badui berkata, 'Kami telah beriman'. Katakanlah kepada mereka, 'Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hatimu..." Al Hujurat:14


Mungkin kita telah Islam kerana saling berkasih sayang  namun belum tentu kita beriman kerana mungkin kita mencintai sahabat kita sama seperti kita mencinatai diri kita. Ayuh kita renungkan:

  • Bila sahabat kita mendapat markah atau keputusan yang lagi baik?
  • Bila sahabat kita dilahirkan dalam keluarga yang mewah?
  • Bila sahabat kita dikurnikan suami atau isteri yang baik?


Apa perasaan kita?..Cemburu atau gembira kerana kalau kita milikinya kita pasti gembira. Andai masih ada sekelumit cemburu, dimana nilai iman kita?

'Tepuk dada, tanya iman!'



PENGALAMAN DI BUMI ASING


Petang 10 Feb 2010 adalah hari keramat buat setiap dari kami yang akan meninggalkan tanah air tercinta demi mengejar segulung ijazah juga menimba selautan pengalaman selama 2 tahun. Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sydney bagaikan satu mimpi buat kami. Tidak kami sangka kami menjenguk bumi kanggaru ini.
Negara 4 Musim
Musim panas menjemput kehadiran kami tetapi ia hanyalah seketika. Kemudian musim luruh mengambil tempat. Subhanallah, indah sungguh penciptaan yang Maha Esa. Dulu, bermain bersama daun 'mohabatein' adalah igauan tetapi kini suatu kenyataan. Melihat perubahan warna daun-daun, melihat daun-daun berguguran bagaikan sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Benarkan aku di 'oversea'?
Kemudian, beralih pulak ke musim sejuk. Masyallah sejuk sangat. Saat suhu menjejah 5 darjah Celsius, 'sleeping bag',' heater' dan 'sweater' adalah sahabat karib. Kini kami bertemankan musim bunga. Subhanallah, bunga-bunga dan dedaunan yang gugur kini digantikan dengan yang baru. Indah tak terkata melihat alam yang fana ini, sungguh mempesonakan.
Sydney dan Islam
Berada di Bandar metropolitan, Sydney, pastinya tarikan utama adalah Sydney Opera House (seperti dalam gambar di atas, sila klik untuk paparan lebih jelas) yang dikelilingi lautan yang terbentang luas. Berhampiran dengannya terdapat 'Harbour Bridge' dan Luna Park yang menjadi tempat penggambaran cerita 'Nur Kasih'. Di sini terdapat lakaran sejarah buat warga Australia. Disinilah bermulanya cerita bagaimana Australia dibuka.
Selain itu, berada di bumi yang mana Islam bukanlah agama rasmi, menjadi kesukaran untuk menjejaki masjid. Namun, terdapat dua kawasan yang didominasi oleh komuniti Muslim iaitu di Auburn dan Lakemba. Di situ tertegak 2 buah rumah Allah dengan gahnya. Terdapat juga masjid-masjid di kawasan yang lain seperti Rendwick (berhampiran Malaysian Hall) , Masjid Tempe dan seumpamanya. Di Auburn dan Lakemba, terdapat banyak restoran makanan halal yang kebanyakkan di kendalikan oleh bangsa Arab dan terdapt segelintir warga Indonesia. Di sini juga banyak terdapat busana muslimah menanti anda.
Ramadhan dan Aidilfitri di Negara Orang
Sedikit coretan yang meninggalkan kesan yang agak dalam adalah menyambut Ramadhan dan Aidilfitri di sini. Pengalaman yang mungkin menyedihkan kerana tiada insan-insan tersayang di sisi akan tetapi pengalaman ini bukan semua berpeluang merasainya. Cuba bayangkan, ada segelintir yang memulakan 1 Ramadhan pada hari Rabu dan segelintir lagi pada hari Khamis. Satu pengalaman yang asing akan tetapi menuntut kita untuk merujuk kembali hadis yang membicarakan soal perhitungan puasa.
Hari-hari sepanjang Ramadhan seperti hari-hari yang lain. Tiada bazaar Ramadhan, orang disekeliling makan sana sini. Namun, itulah Ramadhan. Mengajar erti keserdahanaan dan mencari redho yang Esa.
Aidilfitri bertemankan 'assignment' yang perlu dihantar pada malam 1 Syawal. Kalau di Malaysia, pastinya kita sibuk menukar langsir, membali baju baru, membuat biskut dan seumpanya. Aidilfitri disambut dengan gema takbir memuji Illahi bertemankan air mata dek Ramadhan meninggalkan kami dan pada keeseokan harinya solat sunat aidilfitri dan khutbah aidilfitri. Berbekalan sedikit juadah, Aidilfitri disambut secara serdahana. Namun, rumah terbuka tidak asing di sini. Apabila berjumpa komuniti Muslim, terubat rindu pada keluarga tercinta.
Buat adik-adik yang bakal terbang ke Australia dan New Zealand pastinya pengalaman-pengalaman ini akan anda  lalui. Cumanya yang membezakan kita bagaimana kita melihat suatu pengalaman itu?
Tepuk dada, tanya iman.

Friday, December 3, 2010

JOM BUAT BUSINESS!

Alhamdulillah dengan izinNYA, blog 'ladang ternak' ini direalisasikan.
Bukan membuka 'business' perladangan mahupun penternakkan biasa-biasa tapi ingin membuka 'business' perniagaan yang pasti hasilnya cukup lumayan dan mengguntungkan.

"Wahai orang-orang yg beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang mengguntungkan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih"- As Saff:10


Wah! Untungkan 'business' yang Allah tawarkan? Namun, apakah erti 'business' yg dimaksudnya? 'Business' kecantikkan? 'Business kesihatan?
Semuanya tidak. Allah mmberi tawaran perniagaan yang menguntunggkan adalah bila mana,

"Kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA dan berjihad di jalanNYA dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui"As Saff:11


Itulah perdagangan yang mengguntungkan yang dimaksudkan Allah. Namun, di penghujung ayat 11, 'jika kamu mengetahui' membuktikan bahawa tidak ramai yang sedar akan perniagaan ini menjanjikan suatu pulangan yang cukup lumayan.Tidak ada yang lagi istimewa melainakan terlepas dari siksa neraka yang menyakitakan lagi menyiksakan.

Kerana ingin menyahut seruan imbalan lumayan tawaran dari Yang Maha Berkuasa ini, berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman, moga-moga perkongsian dalam blog ini memberi manfaat dan membasahi hati-hati yg gersang.

"sampaikanlah walau sepotong ayat"