Saturday, December 4, 2010

NIKMAT UKHWAH

Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a. pembantu Rasulullah s.a.w. katanya ; Berkata Rasulullah s.a.w. : " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri "

Berdasarkan hadis ini, itulah ukhwah islamiah. Kita mencintai saudara kita sama seperti kita mencintai diri kita. Fenomena dalam mengharungi kehidupan seharian. Kita tidak akan lari dari berukhwah. Ukhwah yang diajarkan islam bukanlah dengan insan yang kita rapat sahaja, sesiapa sahaja yang seakidah dengan kita.
Bila kita sedih kita mahu orang lain memahami kita, bila kita gembira, kita mahu berkongsi perasaan itu, jadi untuk mencintai seperti kita mencintai diri kita, kita perlu meletakkan diri kita dalam 'kasut' orang lain.

Apa perlunya kita meletakakn nilai sama mencintai tersebut?
Sedar atau tidak, besarnya nilainya hadis ini kerana nilaian iman. Tidak beriman seseorang itu andai  kita tidak meyamakan perasaan cinta terhadap apa yang disukai pada orang lain.

"Orang-orang Arab Badui berkata, 'Kami telah beriman'. Katakanlah kepada mereka, 'Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hatimu..." Al Hujurat:14


Mungkin kita telah Islam kerana saling berkasih sayang  namun belum tentu kita beriman kerana mungkin kita mencintai sahabat kita sama seperti kita mencinatai diri kita. Ayuh kita renungkan:

  • Bila sahabat kita mendapat markah atau keputusan yang lagi baik?
  • Bila sahabat kita dilahirkan dalam keluarga yang mewah?
  • Bila sahabat kita dikurnikan suami atau isteri yang baik?


Apa perasaan kita?..Cemburu atau gembira kerana kalau kita milikinya kita pasti gembira. Andai masih ada sekelumit cemburu, dimana nilai iman kita?

'Tepuk dada, tanya iman!'



No comments:

Post a Comment