Tuesday, December 7, 2010

KENAPA AKU DISINI?

“Wah, da pakai tudung labuh kau sekarang, jadi ustazah ke kak?”..itu kenyataan yang sering aku terima andai bertemu sahabat lama yang mengenali aku sebagai insane biasa.

Salah ke pakai tudung labuh, salahkan aku memilih jalan ini, jalan dakwah?’, sering aku bermonolog sendiri..Memang dulu, aku biasa-biasa tapi salahkan aku mahu menjadi Muslim yang biasa yang mencipta luar biasa.

Alhamdulillah dalam kalangan ummat Muhammad, aku menjadi salah seorang insan yang terpilih untuk berkecimpung dalam dunia dakwah, dunia yang sangat luar biasa pada zaman ini seperti sabda Nabi:
“Islam itu datang dengan ganjil dan akan kembali ganjil , maka beruntunglah orang-orang yang ganjil itu”..

Memang aku mahu menjadi insan yang ganjil itu kerana di dalam Al Quran tidak ada perkataan yang lebih baik melainkan seruan kepada Allah,
dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Al Fussilat:33

Aku mahu menjadi ‘the alien’ di bumi Tuhan kerana kewajiban berdakwah itu Allah berikan buat satu kaum/puak. Siapa lagi yang mahu menunaikan kewajiban ini, kalau bukan orang yang berakal?

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

“Ya Allah campakkanlah ke dalam diri ini akan keyakinan kepadaMU agar terasa indah segala musibah dan moga hambaMU ini terus istiqamah di jalan yang penuh liku, yang menuntut seribu pengorbanan..tiada apa yang aku harapkan melainkan redho MU dan kematian yang membahagiakan..kerana itu aku disini”..ameen

No comments:

Post a Comment