Sunday, March 13, 2011

KITAKAH BUIH-BUIH ITU?

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, 

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW : 

"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi,

 "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

 Jawab Rasulullah SAW,

 "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,

 "Apakah itu al-Wahn?"

 Rasulullah SAW bersabda : 

"Cintakan dunia dan takut akan kematian.

Subhanallah..merenung hadis Nabi ini, adakah kita buih-buih di lautan itu? Adakah kita yang Nabi maksudkan sebagai manusia yg berpenyakit Al Wahn tu?..na’uzubillah..

Ayuh teman, insane yang kerdil ini ingin mengajak diri ini dan teman-teman sekalian untuk kita membelek kembali hati kita, bersama kita melakukan tazkiyatul nafs iaitu pembersihan hati..kerana hati raja sekalian tubuh badan..baik hati, baiklah kita..

Kenapa kita perlukan tazkiyatul nafs?
Tidak lain tidak bukan kerana kita perlu bersihkan diri kita dari dosa yang menebal dalam diri kita..kerana dosa itu yang menggelapkan hati kita..kerana dosa itu yang menjadikan kita manusia yang tidak dapat membezakan mana yang zahir, mana yang batil..kerana dosa itu kita terhijab dari cinta Allah..dan jadilah kita manusia yang cintakan dunia, takutkan mati..jadilah kita manusia yang kufur nikmat..

Ayuh teman dan diri ini,
Selagi Allah masih membuka ruang taubat dan ampunanNYA, selagi roh masih di jasad, selagi kita masih bernafas, ayuh kita lakukan TAUBAT kerana hanya itu membersihkan diri kita dan menjadikan hati kita bercahaya meraih redo Allah..
Jangan biarkan kita seperti buih di lautan..jangan biarkan hati kita dikotori penyakit Al Wahn..jangan biarkan kita hidup hanya untuk menjadi bahan bakar api neraka!!!


No comments:

Post a Comment